“Inspirasi Kediaman Impian Anda”
===============================
Assalamualaikum..kepada followers Bina Banglo Kelantan atau Bumi Semarak Builders.
Di kesempatan ini kami ingin kongsikan kepada anda salah satu cadangan rekabentuk hasil dari perbincangan dan permintaan pelanggan kami.
Apa yang menarik tentang rekabentuk ini??
Rekabentuk Banglo ini berkeluasan 2513 kaki persegi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air, Memiliki dua Dining Room iaitu Famili Dining dan Guest Dining untuk tetamu terletak bersebelahan Living Area yang telah di asingkan antara Family Area agar lebih privasi dan mewujudkan suasana yang aman, Jika ada tetamu yang datang beraya atau majlis kecil bersama sanak saudara mereka hanya menginap pada ruang Living Area dan menjamu selera dibahagian Guest Dining sahaja tidak mengangu aktiviti pada bahagian Family area.
So jika anda yang inginkan PRIVASI boleh guna ideal ini untuk reka bentuk pelan rumah you all..ok
Ukuran ruang bagi Living Area 14’x 14′ amat luas dan selesa, Ukuran ruang Family Area 15’x 11′ selari dengan Family Dining yang berukuran 11’x 11′ yang mana kedua ruang ini berhadapan dengan Kitchen area.
Dengan susun atur ruang yang kemas dan teratur sebegini nampak lebih memudahkan pemilik kediaman untuk kehidupan harian mereka di rumah.
Manakala di bahagian Kitchen Area yang berukuran 20’x 16′ memiliki satu Utility Room untuk kegunaan stor simpanan barang dan satu Laundry room untuk cucian pakaian, Kitchen Area nampak lebih kemas dengan adanya satu Mini Bar untuk kegunaan santai bersama keluarga.
Kami terapkan Ideal untuk Mini Bar ini agar lebih memudahkan Pemilik kediaman yang mana pada bahagian ini boleh diletak mesin penapis air panas dan sejuk, nak bancuh kopi atau tea x perlu pergi ke hujung dapur lagi.
Yang menarik lagi bila ruang Mini Bar ini digunakan bersama keluarga sambil berborak mesra menikmati kopi dan biskut, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan dan memupuk nilai kasih sayang sesama keluarga, kedudukanya Mini Bar ini bersebelahan dengan Family Dining.
Dilengkapi dengan Master Bedroom yang berukuran 24’x 16′ punyai ruang Wardrobe untuk simpanan pakaian dan tempat menyalin pakaian dan dihadapanya Bathroom berukuran 8’x 7′. Untuk Bedroom 1, 2 dan 3 pula, kami selaraskan ukuran ruang 13’x 11′ yang sama agar lebih selesa dengan setiapnya punyai Bathroom berukuran 8’x7′.
Wow..Menarikan???
Kelebihan lain yang bersifat semulajadi pada rekabentuk banglo ini lebih nyaman dan sejuk kerana mempunyai aliran keluar masuk pengudaraan sempurna, Aliran udara keluar masuk melalui Enterance pintu utama dan dua Terrace di bahagian sisi kanan Guest Dining dan Famili Dining bahagian Belakang, Jadi anda tidaklah kepanasan atau lemas pada keadaan ruang kediaman.
Ok..ini Serba sedikit info atau ulasan ringkas kami tentang rekabentuk banglo ini, semoga ianya bermanafaat untuk semua.
Inginkan maklumat lebih lanjut tentang rekabentuk banglo ini atau sekiranya anda bercadang untuk membina kediaman yang mana telah mempunyai tanah sendiri boleh hubungi kami untuk khidmat konsultasi secara percuma.
==============================
Tempah Kediaman Banglo Idaman Anda Sekarang
==============================
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
017-9414485 Faeq
017-9414485 Faeq
017-9414485 Faeq
Atau klik pada link whatsapp :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan